Anak kepada penyanyi Sharifah Zarina iaitu Athalia Deena berkongsi keadaan ibunya selepas menjalani rawatan di sebuah hospital baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Zarina Diserang Penyakit Batu Karang Di Buah Pinggang – ‘Ingatkan Angin Sebab Saya Minum Susu’
Artikel Berkaitan: Sharifah Zarina Tak Kisah Kena Kecam Nyanyi Lagu ‘Dawai’ Sumbang, Netizen Usik – ‘Jom Masuk PLKN Practise’
Terima rawatan
@officialathalia If it was me, entahlah apa yg akan jadi? #fyp #tiktokmalaysia #tiktoksarawak #trend #foryou #40 #40masihmuda #sharifahzarina
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Zarina atau nama lengkapnya Sharifah Zarina Wan Hassan sedang berkhayal dan berada di dalam keadaan separuh sedar berikutan kesan sampingan ubat bius yang diberikan.
Dalam masa yang sama, Athalia juga tidak menyangka ibunya akan memberi reaksi seolah-olah sedang mengerjakan ibadah tawaf di Makkah.
Tak sangka dapat menyaksikan momen indah mama iaitu kesan dari anestesia (ubat bius).
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pelantun lagu Langit Ketujuh itu sebagai seorang muslim yang baik dan mendoakan agar dia diberikan kesembuhan.
Tengah tawaf tu. Isyarat angkat tangan bila lalu Hajar Aswad atau Rukun Yamani. MasyaAllah.
Allahu Akbar, sesungguhnya Allah maha besar. Jasad di hospital roh di Baitullah.
Mama awak tengah buat pusingan tawaf.
Untungnya dalam kedaan tak sedar dapat rasa seolah-olah mengerjakan umrah.
Subhanallah. Apa la amalan dia selama hidupnya? Dalam keadaan tak sedarkan diri pun imannya setebal ini.
Terdahulu, Zarina memaklumkan dia mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke sebuah pusat perubatan.
Selepas membuat pemeriksaan ternyata buah pinggangnya membengkak dan perlu menjalani pembedahan untuk membuang batu karang.
Sumber: TikTok Athalia