Berita perceraian kakak kepada selebriti tersohor, Neelofa iaitu Noor Nabila bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin menjadi bualan hangat warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: Noor Nabila, Engku Emran Cerai Talak Satu
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Keluar Mencari, Mereka Hadir Dalam Proses Kerja’ – Engku Emran
Tuhan tengah uji
Isu tersebut turut mendapat perhatian bekas suami Nabila iaitu aktor Sharnaaz Ahmad. Menerusi siaran langsung di Instagram (IG) pada Isnin, Sharnaaz menyifatkan Nabila seorang wanita yang tabah dalam menempuh dugaan.
Kata pelakon berumur 39 tahun, dia yakin Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor tidak mahu melalui proses penceraian lagi namun apakan daya ini adalah ujian yang sudah diatur Allah SWT.
Mommy Jebat okey, insya-Allah jangan risau. Dia strong lady. Dia kena hadap benda-benda macam ini, bukan kita minta. Kita kena terima dalam hidup.
Macam saya cakap tadi, Tuhan dah bagi macam-macam dekat kita. Dia bagi yang best, kita buat-buat tak nampak. Tapi dia bagi yang tak best, kita nampak pula. Tuhan tarik sikit.. nak bagi kita pening.
Dalam pada itu, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad turut mengingatkan kepada orang ramai untuk tidak menyibuk urusan orang lain.
Nanti Tuhan bagi sinar yang best. Sentiasa fikir positif saja. Kadang-kadang kita manusia ini, jangan menyibuk sangat hal orang. Hal kita pun Tuhan tulis juga. Jangan terlampau keterlaluan nak kata macam-macam.
@ohbulanofficial Sharnaaz yakin Noor Nabila tidak mahu melalui proses penceraian lagi namun apakan daya ini adalah ujian yang sudah diatur Allah SWT. #ohbulan #sembangentertainment #sharnaazahmad #noornabila ? original sound – OHBULAN!
Pada Isnin, Nabila dan Emran sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, jam 12.51 tengah hari.
Sekadar info, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.
Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.
Manakala, Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Instagram