Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi momen terakhir ketika mengiringi jenazah arwah ayahnya iaitu Datuk Bazir Ahmad.
Artikel Berkaitan: Ayah Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Jadi Papa Yang Hebat Untuk Kami Semua’
Artikel Berkaitan: Noor Nabila Zahir Ucapan Takziah, Titip Kata Semangat Buat Sharnaaz & Keluarga
Bimbing aku dari atas sana
Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Sharnaaz dilihat menguruskan jenazah arwah ayahnya dari awal sehingga ke liang lahad. Menurut Sharnaaz, momen tersebut merupakan kenangan terakhirnya bersama arwah.
Di samping itu, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut memuat naik kapsyen yang menyentuh perasaan netizen.
Hari kau menguburkan ayahmu, seorang budak telah mati dan seorang lelaki dilahirkan.
Kau hantar aku ke tadika. Kau hantar aku ke sekolah. Kau hantar aku ke kolej. Kau hantar aku untuk menjadi pelakon lelaki terbaik. Biarkan aku menghantar kau pulang untuk kali terakhir.
Terima kasih kerana mengajarku ketika aku masih budak, remaja, lelaki, dan menjadi seorang ayah.
Mungkin aku tidak sehebatmu. Tapi jangan lupa untuk membimbingku dari atas sana. Aku sayang kau, Pa.
Video
View this post on Instagram
Sekadar info, ayah Sharnaaz dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 1.40 pagi, Rabu lalu.
Sumber: Sharnaaz Ahmad