![[VIDEO] Sheikh Muszaphar Realisasi Impian Ibu Tunai Umrah](https://asset.ohbulan.com/2026/02/sheikh-muszaphar.jpg)
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha baru-baru ini menyorot perhatian apabila menunaikan impian ibunya iaitu menziarahi Kaabah di Makkah.
Artikel Berkaitan: Kes Sindiket Pengurusan Wang: Ziana Zain, Jalaluddin Hassan & Sheikh Muszaphar Shukor Hadir Di SPRM Beri Keterangan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Miliki Ketinggian 163cm Di Usia 12 Tahun, Netizen Puji Kecantikan Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar
Termimpi-mimpi
Menurut Sheikh Muszaphar, 54, ibunya sering bermimpi tentang Kaabah dan menzahirkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah.
Walaupun sibuk dengan urusan peribadi, Sheikh Muszaphar tetap memutuskan untuk melakukan umrah berdua dengan ibunya yang berusia 81 tahun itu.
Ibu termimpi-mimpi Kaabah. Luahkan hasrat nak pergi. Anak-anak semua sibuk.
Saya buat keputusan untuk bawa dia ke sana, cuma saya dan ibu.
Bercerita lanjut, Sheikh Muszaphar berkata sepanjang perjalanan ibadah itu, dia memimpin ibunya, sebagaimana ibunya memimpin dan menjaga dirinya ketika kecil dahulu.
Katanya, pengalaman ini bukan sekadar ibadah, tetapi tetapi juga tentang memahami dan menghargai kasih seorang ibu.
Ibu adalah segala-galanya. Ada sebab kenapa syurga di bawah tapak kaki ibu.
Nama ibu disebut tiga kali, ibu ibu ibu dan kemudian barulah ayah. Hargailah ibu, mereka adalah segala-galanya.
Sumber: Instagram








