Hubungan antara pelakon dan penerbit, Sheila Rusly bersama aktres, Elisya Sandha sememangnya dicemburui ramai, lebih-lebih lagi mereka yang menginginkan hubungan rapat bersama mak mentua.

Artikel Berkaitan: Sheila Rusly Terima Menantu Lagi, Anak Bongsu Nikah Hari Ini

Artikel Berkaitan: Ramai Cemburu Dengan Elisya Sandha, Dapat Layanan ‘Five Star’ Ketika Berpantang – ‘Ibu Mentua Dari Syurga’

Mak mentua baik dan ikhlas

Baru-baru ini, perkongsian Sheila, 53, di media sosial sekali lagi meraih perhatian apabila dilihat ikhlas menyantuni anak menantunya yang sedang berpantang.

Menerusi klip tersebut, Sheila menyediakan makanan pantang seperti ikan goreng halia dan sup sayur untuk waktu tengahari.

Manakala, pada waktu malam pula Sheila menghidangkan nasi ulam dan ayam kampung serai buat Elisya.

Tidak hanya itu, Sheila juga menghadiahkan Elisya gelang tangan bersempena ulang tahun kelahirannya pada 8 Jun ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet merasakan Sheila adalah contoh mak mentua yang baik dan ikhlas selepas melihat cara layanannya terhadap Elisya.

Sesetengah warganet juga mengatakan sifat murni Sheila patut dijadikan contoh buat para wanita yang memiliki menantu.

Warganet puji

Sumber: Instagram