Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad mendedahkan dia pernah menerima layanan yang kurang baik ketika di bangku sekolah kerana fizikalnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lelaki Takut Nak Dekat Sebab Anggap Saya Dominan & High Maintenance’ – Sherry Alhadad Tak Kisah Bakal Suami Bergaji Lebih Rendah

Artikel Berkaitan: ‘Jika Betul Suka & Ingin Berkenalan Dengan Saya, Datang Jumpa Terus Terang’

Sherry ditendang

Menerusi temu bual bersama Podcast Too Pretty To Handle, Sherry atau nama lengkapnya Sharifah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 41, berkongsi kisah dia ditendang oleh seorang kanak-kanak lelaki semasa berusia 10 tahun.

Ketika kejadian, Sherry tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kanak-kanak itu kerana berasa takut.

Bila badan besar orang selalu perlekeh, ejek dan buli. Budak-budak lelaki terutamanya.

Semasa saya sekolah rendah, keyakinan saya kurang.

Saya pernah berjalan kaki menuju ke sekolah, tiba-tiba ada seorang budak tendang saya sampai saya terjatuh ke dalam longkang.

Saya takut nak beritahu cikgu, saya diam sahaja dan masuk ke sekolah macam biasa.

Diejek gemuk

Bagaimanapun, setelah berganjak ke usia remaja, pelakon drama Khunsa itu semakin yakin dengan diri sendiri malah mampu bertindak melawan pembuli yang mengejek fizikalnya.

Bila dah masuk sekolah menengah, saya dah ada semangat baru dan ‘rebrand’ diri saya.

Ada seorang budak lelaki panggil dan pandang saya, dia cakap, ‘gemuk, gemuk, gemuk.’

Saya pandang dan cakap dekat dia, ‘muka kau yang tak handsome ni, tak sesuai pun nak panggil aku gemuk..kau tengok dulu diri kau macam mana.’

Tindakan Sherry tersebut tenyata memberikan kesan terhadap remaja lelaki itu dan akhirnya mereka berdua menjadi sahabat.

Dia terdiam, malah dia yang merasa rendah diri kerana saya cakap begitu.

Selepas itu kami terus jadi kawan.

Sumber: TikTok Too Pretty To Handle