Penyanyi, Shiha Zikir menyifatkan dirinya yang masih belum mendirikan rumah tangga sebagai satu rezeki besar kerana berpeluang meluangkan lebih banyak masa bersama ibu tercinta.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shiha Zikir Titip Doa Sempena Birthday Ke 38 – ‘Saya Hanya Mahu Ibu Kembali Sihat’

Artikel Berkaitan: ‘Lagu Memori Raya Bawa Pendengar Kembali Kepada Kenangan Lama’ – Shiha Zikir

Belum kahwin juga rezeki

Ketika ditemui OhBulan!, Shiha, 38, berkata, setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mempunyai hikmah tersendiri dan aturan Tuhan adalah yang terbaik buat setiap individu.

Tambah Shiha, meskipun masih boleh menjaga ibu selepas berkahwin namun tanggungjawab yang bertambah memerlukan dirinya membahagikan masa dan perhatian kepada pasangan.

Saya percaya apa yang Tuhan berikan sekarang juga adalah rezeki.

Rezeki saya apabila masih belum berkahwin kerana dapat jaga mak.

Bukan bermaksud bila dah kahwin kita tak boleh jaga, tapi tanggungjawab kita akan bertambah sebab kena bahagikan masa dan perhatian kepada suami pula.

Kita perlu ubah cara berfikir supaya hati lebih lapang dan percaya bahawa aturan Tuhan itu cukup indah.

Shiha berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pelancaran Single Baharu Hazreen Amreena berjudul Teruskanlah yang berlangsung di Six In the City, Shah Alam pada Selasa.

Dalam pada itu, Shiha menzahirkan rasa syukur kerana ibunya tidak pernah mendesak atau meletakkan tekanan terhadap dirinya untuk segera mendirikan rumah tangga.

Saya bersyukur sebab mak bukan jenis yang mendesak. Dia faham keadaan saya dan beri ruang untuk saya teruskan apa yang dah dirancang.

Saya percaya kepada aturan Tuhan dan yakin setiap perkara akan berlaku pada waktu yang terbaik.