![[VIDEO] Shiha Zikir Menangis Diherdik Penyanyi Depan Umum – ‘Dia Cakap Kau Bila Nak Kahwin? Tak Nak Anak Ke?’](https://asset.ohbulan.com/2026/02/New-Latest-Default-Image-2026-02-13T111032.299.png)
Penyanyi, Shiha Zikir berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila pernah ditegur secara terbuka oleh seorang penyanyi yang mempersoalkan status dirinya masih belum mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Yang Nampak Kedai Tutup Walhal Buka’ – Shiha Zikir Percaya Wujudnya Sihir, Tegas Bukan Punca Restoran Tamat Operasi
Artikel Berkaitan: Shiha Zikir Nasihat Amad Dayyan Jaga Percakapan Dengan Orang Dewasa – ‘Janji, Jangan Ulang Salah Sama’
‘Saya menangis’

Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 38, berkata insiden tersebut berlaku secara spontan ketika mereka berada di satu majlis yang turut disertai beberapa selebriti lain.
Ada seorang penyanyi ini tegur saya di hadapan orang ramai. Dia cakap “eh kau bila nak kahwin? Umur kau dah berapa sekarang? Aku tengok kau kawan dengan dia dah lama”.
Waktu itu saya masih cuba mengawal keadaan dan ‘cool’, saya jawab “doakan insya-Allah”. Dia cakap lagi “kau tak nak anak ke?”
Dia kata begitu seolah-olah diri saya ini menjadi masalah untuknya. Semua orang di situ melihat situasi tersebut. Air muka tak tahu nak letak mana, saya kemudian berusir ke tempat lain.
Shiha berkongsi perkara itu menerusi program Pesona Nona yang dikendalikan oleh Michelle.
Tambah pelantun lagu Renjana itu, setibanya di hotel dia kemudian menangis kerana tidak mampu menahan perasaan.
Ketika saya balik hotel untuk make up, tiba-tiba air mata saya mengalir tanpa henti. Saya menangis.
Menurut Shiha lagi, kejadian tersebut meninggalkan kesan mendalam sehingga kini dan membuatkan dia memilih untuk mengelak setiap kali bertembung dengan individu berkenaan.
Sekarang kalau saya nampak penyanyi tersebut, saya akan mengelak untuk bertembung dengannya. Saya masih terkesan sampai sekarang. Kalau penyanyi itu melihat video ini pun, saya tidak kisah.
Video
Sumber: YouTube








