berita

Video : Shila Amzah Buat Persembahan Di Asian Wave 2012

September 19th, 2012 | by Ai
Video Popular

Nampaknya bakat yang dimiliki oleh penyanyi cantik Nur Shahila binti Amir Amzah, 22 atau lebih mesra dipanggil Shila Amzah kini semakin berkembang dan semakin mendapat perhatian umum.

Minggu lalu, Shila telah berjaya menghasilakan sebuah persembahan yang sungguh hebat dan menakjubkan di acara pertandingan “Asian Wave 2012” di Shanghai, China. Sewaktu persembahan tersebut, kelihatan semua juri terpegun dan berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan oleh penyanyi berbakat ini.

Menerusi sebuah laporan Murai.com hari ini, teman lalaki Shila, Sharnaaz Ahmad telah melahirkan rasa kecewa dan terkilan kerana tidak dapat menemani penyanyi ini ke pertandingan akhir Asian Wave yang bakal berlangsung esok. Meskipun begitu, Sharnaaz tetap menyokong dan bangga dengan pencapaian yang telah dimiliki oleh teman wanitanya setakat ini.

Secara umumnya, pertandingan Asian Wave ini telah melibatkan 30 penyanyi dari Malaysia, China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, India, Hong Kong, Taiwan dan Jepun. Namun begitu, hanya 12 penyanyi sahaja yang berjaya mara ke peringkat akhir, di mana Malaysia diwakili 3 orang penyanyi termasuk Shila.

Pada peringkat akhir malam esok, hanya enam negara yang akan bertanding iaitu China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India. Difahamkan, Shila yang berjaya tersenarai sebagai salah seorang finalis bakal mendendang tiga buah lagu berjudul Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

Jom kita dengar vokal mantap dari Shila Amzah ini!

Walaupun tak berapa nak faham, tapi best!

SKIP THIS AD ×