![[VIDEO] Shila Amzah Teruja Konsert Di China Dihadiri Pengarah Program Nyanyian ‘I Am Singer’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/shila-amzah-12.jpg)
Penyanyi terkenal, Shila Amzah menyorot perhatian apabila konsert jelajahnya di China mendapat kunjungan istimewa daripada seorang figura popular yang tidak asing lagi dalam sebuah program terkenal di negara berkenaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tiket Konsert Jelajah Shila Amzah Di China ‘Sold Out’ Kurang Dari Seminit, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga
Artikel Berkaitan: Dulu Mudah ‘Melenting’, Kini Lebih Tenang… Shila Amzah Belajar Tidak Semua Kritikan Perlu Dilawan – “Saya Ambil Yang Positif”
Konsert Shila Amzah
Menerusi perkongsian di TikTok, Shila, 35, menyifatkan kehadiran Pengarah Hong Tao sebagai tetamu di konsert jelajahnya itu sebagai satu momen yang berharga buat dirinya.
Dalam pada itu, Shila akui teruja apabila menerima mesej daripada Pengarah Hong sekali gus menjadi pembakar semangat buatnya sepanjang menjayakan konsert jelajah kali ini.
Ini adalah kenangan yang berharga buat saya.
Selepas 12 tahun, masih ramai orang yang mengingati dan menyokong saya sebagai penyanyi.
Saya sangat bersyukur pada pengarah Hong. Bila dia hantar saya mesej, saya sangat teruja.
Dalam pada itu, suami kepada pelantun lagu Patah Seribu itu turut menjelaskan bahawa Pengarah Hong Tao merupakan individu terkenal di China yang pernah mengendalikan program I Am Singer yang disertai Shila pada tahun 2014.
Pengarah program nyanyian I Am Singer ini adalah orang yang sangat disegani dalam industri hiburan di China.
Dia merupakan orang lama dan lagenda.
Bila dia hadir, ianya merupakan satu penghargaan buat artis tersebut. Terima kasih tuan pengarah sebab hadir konsert isteri saya.
Sumber: TikTok @lovely7u0








