![[VIDEO] Shuib Bayar Gaji Matin Urus Kedai ‘Nasi Bakar Bangkit’, Mahu Didik Belajar Bisnes Di Usia Muda](https://media.ohbulan.com/2025/04/shuib-matin.jpg)

Usahawan dan pelawak Shuib, melantik Ariq Matin menjadi duta jenama makanan Nasi Bakar Bangkit kerana anak lelakinya menunjuk minat dalam bidang perniagaan.
Artikel Berkaitan: ‘Hadir Beribadah Bersama Membawa Sejuta Kisah’ – Mamat Anggap Perpisahan Sementara Dengan Shuib Ada Hikmah
Artikel Berkaitan: ’19 Tahun Yang Luar Biasa, Semoga Allah Izin Kita Bersahabat Sampai Syurga’ – Shuib
Bayar gaji bulanan

Menurut Shuib, meskipun baru berusia lapan tahun, Matin sangat minat dalam dunia masakan.
Kata Shuib, 41, Matin juga dibayar gaji setiap bulan dan itu akan memberi semangat kepada dirinya untuk bertanggungjawab terhadap kedai makan yang diusahakan.
Saya pesan, ini kedai dia, dia ada gaji setiap bulan dan semua ini bukan percuma. Dia juga memang suka masak dan pegang alatan dapur.
Sebagai bapa itu tanggungjawab saya serta ibunya dalam membentuk anak-anak. Saya suka proses ini. Saya nampak anak minat sesuatu perkara, kita akan cuba bantu dapat apa yang ingin dicapai.
Jadi atau tidak, itu belakang cerita asalkan dia melalui zaman kecil dengan bermanfaat dan baik untuk masa depan.
Shuib berkata demikian ketika ditanya mengenai pemilihan anaknya sebagai duta perniagaan terbaharu, Nasi Bakar Bangkit, baru-baru ini.
Tambah pemilik nama Shahmira Muhammad, dia akui pada awalnya Mateen agak kekok beraksi di depan kamera.
Mula-mula dia malu, jenuh juga saya mahu mengajar beraksi depan video, tapi sekarang saya lihat kemajuan dia mahu belajar dan rasa tanggungjawab.
Nak bina masjid

Sementara itu, Matin berkata dia seronok belajar berniaga dan ingin menggunakan hasil gaji untuk membina masjid.
Saya gembira ada kedai sendiri, dapat pengalaman baru belajar berniaga. Ya saya suka berniaga sebab boleh dapat duit.
Kalau sudah ada banyak duit, daddy cakap ‘beli’ masjid. Sebab agama kita.
Nasi Bakar Bangkit merupakan makanan yang dicipta Shuib dan pasukannya menampilkan keunikan nasi yang dibakar dalam balutan daun pisang.
Restoran pertama jenama berkenaan kini beroperasi di Kompleks Permaisuri Q, Bandar Permaisuri Cheras sejak bulan lalu.
@ohbulanofficial Kecik-kecik dah berazam nak jadi bisnesman! ??#ohbulan #fyp #news #shuib #bayar #gaji #matin #urus #kedai #nasibakar ? original sound – OHBULAN!








