berita

[VIDEO] Shuib Jawab Tuduhan Hidup Bermewah Tapi Kebajikan Pekerja Terabai – ‘Benda Dah Salah, Mula Nak Tambah Cerita’

November 14th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

shuib kwsp

Penyampai radio dan usahawan Shuib menjawab dakwaan hidup bermewah tetapi culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Imbas Momen Pertama Kali Dating, Shuib Siap ‘Booking’ Satu Pawagam – ‘Dia Kelakar & Wangi Gila!’

Artikel Berkaitan: Didakwa Tak Bayar Caruman KWSP Pekerja, Ini Respon Shuib – ‘Saya Akan Berbincang Dengan Pihak Pengurusan Bubblebee’

Hidup pergi kerja

shuib kwsp

Menerusi temu bual dengan Melodi, Shuib menafikan sekerasnya tuduhan itu. Kata Shuib. dia menjalani kehidupan normal iaitu pergi bekerja dan bermain sukan golf.

Saya tengah faham juga saya enjoy apa ye. Kalau yang betul rapat, tahu kehidupan saya. Saya pergi tempat kerja, kalau ada buat aktiviti luar adalah bersukan. Saya main golf.

Saya tak faham timbul bila kata saya berhibur dan bermewah. Itu saya pelik. Kalau tengok kehidupan saya, tak ada pun.

Apa yang mungkin kadang-kadang diletakkan dalam Instagram saya.. kalau tengok mungkin ada saya shooting untuk review.

Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhammad menyifatkan tuduhan bermewah itu sekadar penambahan cerita memandangkan dirinya kini dipandang pesalah.

Benda dah salah orang mula nak tokok tambah cerita. Saya tahu diri saya. Kita pun dah pernah buat salah.. tak nak berulang lagi.

Sekarang ini jalan hidup macam biasa saja sebenarnya. Pergi kerja, balik kerja. Tengok anak-anak bila ada masa, saya bawa keluarga pergi bercuti.

Tak akan saya tak boleh nak keluar dah kenapa kan?

Pada 11 November lalu, Shuib yang mengusahakan perniagaan minuman, Bubble Bee menjelaskan syarikatnya sedang melunaskan caruman KWSP tertunggak kepada pekerja sejak awal tahun lalu, secara berperingkat.

Shuib mendakwa masalah itu berpunca daripada pengurusan lama syarikatnya.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×