berita

[VIDEO] Shuib Layan Peminat Cilik Minta Autograph Di Kedai Makan, Siap Bagi Duit Raya – ‘Nanti Dah Berjaya, Bawa Benda Ini Datang Jumpa Aku’

April 19th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Di TikTok, pelawak dan usahawan Shuib memuat naik video dirinya melayan beberapa orang peminat cilik di sebuah gerai makan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Setiap Pagi Shuib Bersedekah, Beli Makanan & Bagi Dekat Pengawal’ – Shuk Sahar

‘Dah berjaya, datang jumpa aku’

Menerusi video yang dimuat naik, Shuib yang berada di gerai tersebut dilihat beramah mesra dengan memberikan ‘autograph’ kepada beberapa orang pelajar yang masih di bangku sekolah menengah itu.

Apa yang menarik, Shuib turut menulis kata-kata hikmah dan doa di atas buku tulis salah seorang pelajar dan meminta agar pelajar berkenaan untuk berjumpa dengannya apabila berjaya satu hari nanti.

Kau ingat sampai bila-bila tau, aku tulis tarikh dan masa aku sain autograph atas buku kau ini.

Dan ini pun aku ada tulis doa aku untuk kau supaya menjadi orang yang hebat.

Satu hari nanti bila kau dah jadi orang yang berjaya, tolong bawa buku ini datang jumpa aku balik, boleh?

Shuib kemudiannya memberikan sampul berisi duit raya kepada semua pelajar tersebut sebelum beredar dari gerai makan tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran dimuat naik Shuib itu telah meraih lebih 760,000 tontonan dan lebih 47,000 tanda suka.

Video

@shuibsepahtu Semoga adik2 jadi orang hebat!!! @BubbleBee @Bee society my ? original sound – Shuib Sepahtu

Sumber: TikTok Shuib

SKIP THIS AD ×