berita

[VIDEO] Siap Berteka-Teki, Iklan Raya Ni Boleh Buat Korang Bingung Nak Fikir Jawapannya!

May 30th, 2019 | by Hanis Aliaa
Video Popular

Tahun ni seperti kebiasaan, banyak video iklan raya yang dihasilkan dan ada yang dah jadi buah mulut netizen. Mana taknya, kebanyakan video membawa mesej yang bermakna dan jalan cerita yang menarik.

Ada lagi satu yang admin impressed sebab iklan rayanya ada teka-teki dan mesej dia memang deep!

Luar nampak kasar, tapi isi lembut. Siapakah aku?

Unikkan iklan raya daripada Sunway ni? Buat masa ni, Sunway je pakai konsep riddle. Nampak lain daripada yang lain dan jujurnya admin try hard nak selesaikan teka-teki ni. Banyak kali ulang nak cari jawapan punya pasal. Korang dah dapat jawapannya? Sebenarnya ada dua jawapan tau!

Admin bagi cluelah sikit. Dua-dua jawapan ada dalam gambar kat bawah ni. Haa.. Dapat ke tidak??

Konsep unik dengan mesej mendalam

Sendiri, kewujudan aku tiada maknanya..

Setuju sangat petikan dari video ni. Kadang-kadang usaha atau inisiatif yang kita buat sendiri tak dapat dilihat. Tapi kalau kita buat bersama-sama, usaha tu mampu bagi impak yang besar dalam kehidupan seharian golongan yang memerlukan.

Kita mungkin rasa remeh tapi sebenarnya benda macam ni mampu mengukir senyuman seseorang di pagi Aidilfitri.

Salam lebaran dari kami di OHBULAN!

The following two tabs change content below.