Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida telah mencuri perhatian warganet selepas memuat naik sebuah video di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Vida Tak Jadi Kahwin, Dakwa Diperguna Iqbal Demi Populariti – ‘Saya Kena Cuci Kotoran Fitnah’
Siapa masuk meminang?
View this post on Instagram
Menerusi hantaran itu, Vida menerima sebuah bungkusan kotak misteri yang mengandungi sehelai baju beserta kad ucapan yang memberitahu dia dilamar.
Bagaimanapun, pemberian itu tidak menggembirakan hatinya apabila Vida, 52, bertindak melemparkan pakaian itu tepat pada kamera yang sedang merakam.
Di ruangan kapsyen, pemilik nama Hasmiza Othman menegaskan untuk tidak dibuat main soal lamaran. Baginya, itu perkara yang sensitif.
Siapa pulak nak melamar saya ini? Jangan buat kerja gila hari Jumaat ini. Ingat benda main main ke? Siapa punya kerja ini?
Bikin suspen la..
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut menyifatkan individu yang melamar Vida sangat bertuah.
Selain itu, ada juga segelintir netizen ternanti-nanti sambungan video tersebut kerana ingin tahu pengakhiran.
Sumber: Instagram