berita

Video : Single Psy Berjudul Gentleman Bocor Awal Di Internet

April 12th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-04-12 at 2.20.08 AM

Yeah. Itu dia! Akhirnya single kedua Psy yang ditunggu-tunggu telah pun dilancarkan.

Namun ia bukan dilancarkan secara rasmi kerana menurut laman Twitter Psy, single yang telah dimuatnaik ke laman Youtube itu telah di’block’ semula dan video yang ditayangkan di Billboard Biz turut disenyapkan.

Screen Shot 2013-04-12 at 2.22.55 AM

Tetapi, nampaknya ada yang bernasib baik dan mungkin ini adalah single Psy yang sempat dimuat-turun oleh pengguna internet. Kami sendiri tidak dapat pastikan kesahihannya. Namun jika benar, maka anda adalah orang terawal yang mendengar single terbaru Psy ini. Melalui suara yang didengari menerusi audio ini juga, ia saling tak tumpah seperti suara Psy.

Masih diperingkat awal, video diatas hanya memaparkan gambar untuk cover single terbaru berjudul “Gentlemen” dan tarian yang dikatakan Psy bakal memberi kejutan pada peminat masih belum lagi dapat dilihat dimana-mana.

Apa pun, mari kita dengar lagu dipercayai single kedua Psy selepas ini!

SKIP THIS AD ×