berita

[VIDEO] Siti Jamumall Fokus Jaga Abang OKU, Bukan Bela ‘Biawak Hidup’

October 27th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

SITI JAMUMALL ABANG OKU

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Siti Jamumall telah mengundang rasa hiba selain menerima pujian dalam kalangan wargamaya selepas tular video yang memaparkan dirinya menjaga dan menguruskan abang yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 34.

Artikel Berkaitan: ‘Dapat Nafkah RM50 Setahun, Sampai Bila Tanggung Biawak Hidup’ – Siti Jamumall

Ada abang OKU

siti jamumall abang oku

Menurut Siti, abangnya OKU fizikal sejak dilahirkan dan sudah tidak boleh berjalan sejak berumur 15 tahun. Kata Siti, 24, dia sudah berjanji dengan diri untuk menjaga abangnya sampai akhir hayat.

Di sebalik kehidupan dan keceriaan yang orang lihat pada saya selama ini, ramai tidak tahu saya mempunyai abang OKU. Dia adalah kekuatan saya. Kalau anda tanya kenapa saya boleh kuat berdepan macam-macam dugaan, semuanya kerana dia.

Sejak tidak boleh berjalan, abang memang perlu diuruskan sepenuhnya. Pendek kata, kena ada yang bantu. Kalau nak tahu, dulu abang menjaga kami adik beradik ketika masih kecil, termasuklah saya.

Jadi, apabila dah besar saya berjanji pada diri, selama saya masih hidup saya akan menguruskannya sampai bila-bila. Saya takkan tinggalkan dia, saya akan menjaganya sampai hujung nyawa saya. Sebab dia dah banyak tolong dan berikan semangat pada saya.

Kena kuat

@sitijamumallSorry meleleh2 air mata masa buat video ni ? ikhlas dari siti? Ibu – indra vanely

Dalam pada itu, Siti menyifatkan abangnya juga insan yang banyak memberikan contoh untuk menjadi insan yang terbaik.

Abang selalu cakap pada saya, selagi kita bernyawa apa pun yang berlaku kena teruskan kehidupan. Kita kena kuat menghadapi setiap apa yang Allah uji. Percayalah, lagi besar dugaan Allah bagi, lagi tinggi darjat Allah nak bagi pada kita.

Sabar atau tidak saja. Kalau kita sabar, insya-Allah, kita akan dapat sesuatu dan nikmat yang tidak disangka-sangka pada masa hadapan. Sekarang ini, apa yang kita boleh buat adalah tawakal, reda dan teruskan usaha.

Jangan pernah berhenti. Sebab, tidak ada orang lain yang boleh tolong kita melainkan diri sendiri.

Terdahulu, Siti sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan pernah mendapat RM50 nafkah setahun ketika berkahwin dengan bekas suami.

Siti berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu menjadi punca dia nekad untuk bercerai tahun lalu.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×