![[VIDEO] Siti Jamumall Nafi Dakwaan Cerai Sebagai Gimik Marketing, Mahu Saman Akaun TikTok Sebar Fitnah – ‘Tolong Jangan Kacau Mental Aku’](https://media.ohbulan.com/2025/05/siti-jamumall-court.jpg)
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Siti Jamumall tampil menafikan dakwaan yang mengatakan isu penceraian dengan suaminya baru-baru ini hanyalah sekadar teknik marketing semata-mata.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Sedih Siti Jamumall Diceraikan Lagi – ‘Macam-Macam Jadi Dalam Rumah Tangga Mereka, Gaduh Kasar Pun Pernah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Respon Isu Cerai Siti Jamumall & Aiman – ‘Jika Sah Lafaz Talak, Mereka Tidak Boleh Rujuk Kembali’
‘See you in court’
@sitijamumall tolong jangan kacau mental aku dan buat fitnah mcm ni yg boleh buat org salah fhm. turun kn posting ini segera @Jodoh Finder ? original sound – sitijamumall
Menerusi hantaran terbaru di TikTok, Siti memohon pemilik akaun Jodoh Finder yang melemparkan fitnah terhadapnya agar menurunkan hantaran tersebut dengan segera atau berdepan tindakan saman daripadanya.
Tambah Siti, tuduhan tidak berasas itu bukan sahaja menimbulkan salah faham malah turut memberikan tekanan terhadap kesihatan mentalnya.
Tolong jangan kacau mental aku dan buat fitnah macam ni yang boleh buat orang salah faham. Turunkan posting ni segara atau see you in court.
Terdahulu, akaun TikTok Jodoh Finder mendakwa bahawa Siti dan suaminya, Aiman telah kembali rujuk, dan segala yang berlaku sewaktu siaran langsung yang ditonton lebih 20,000 orang hanyalah strategi pemasaran untuk menarik perhatian.
Bagaimanapun, Siti menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya kenyataan palsu itu tidak ditarik balik.
Sumber: TikTok Siti Jamumall