Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa gembira dapat bertemu isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Dr Siti Hasmah Ali.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Afwa Je Berani Tutup Telinga Masa Siti Nurhaliza Nyanyi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Spontan Hiburkan Penumpang Dalam ‘Flight’ Bikin Ramai Teruja – ‘Pakai Intercom Pesawat Pun Sedap’

Momen bersama Tun Hasmah

@toktitiktok

Petang tadi sempat menjalani latihan untuk program jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Sound Of Malaysia sempena sambutan hari kebangsaan 2025 bersama Multimedia University (MMU) dan Istana Budaya (IB). Bertemu dengan YBhg Tun Dr. Hasmah untuk sama-sama berlatih bagi memeriahkan persembahan malam nanti. Senang bertemu dengan Tun Hasmah yang sangat bersifat keibuan dan saya juga sangat tersentuh hati ketika menjalani latihan petang tadi.

♬ Menamakanmu Cinta – Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Ade Govinda

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Siti difahamkan sedang menjalani latihan bagi sebuah program yang disertainya.

Pada video berdurasi hampir seminit itu, Siti dilihat berlari ke arah Tun Hasmah untuk menyapa kehadirannya yang turut sama berlatih pada program sempena hari kebangsaan yang bakal tiba.

Petang tadi sempat menjalani latihan untuk program jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Sound of Malaysia sempena sambutan hari kebangsaan 2025.

Bertemu dengan YBhg Tun Dr. Hasmah untuk sama-sama berlatih bagi memeriahkan persembahan malam nanti.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Menamakanmu Cinta’ menyifatkan Tun Hasmah sebagai seorang wanita yang kuat dengan sifat keibuan.

Senang bertemu dengan Tun Hasmah yang sangat bersifat keibuan.

Saya juga tersentuh hati ketika menjalani latihan petang tadi.

Sumber: TikTok @SitiNurhaliza