berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Menangis Nyanyi Lagu Baru Berjudul Nadi – ‘Saya Teringat Aafiyah’

September 21st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Siti Nurhaliza Menangis

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza gagal menahan sebak ketika menyampaikan lagu terbaharu di dalam album terkininya Sitism yang berjudul Nadi.

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Muncul Dengan 4 Buah Karya Tambahan Dalam Album Edisi Deluxe

Artikel Berkaitan: ‘Kami Berhutang Nyawa & Budi’ – Bapa Dedah Siti Nurhaliza Bayar Kos Pembedahan Jantung Anak

Sebak teringat Aafiyah

Siti Nurhaliza Menangis

Menerusi perkongsian video di TikTok F8Buzz, Siti dilihat sedang menyanyikan lagu tersebut di majlis pelancaran album terbaharunya itu, semalam.

Namun, sewaktu menyanyikan lagu berkenaan secara langsung buat pertama kali, Siti kelihatan mengalirkan air mata dan tidak dapat menyampaikannya dengan sempurna.

Menurut Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 44, dia berasa sebak kerana teringat anak sulungnya, Siti Aafiyah.

Saya teringat Aafiyah. Saya minta maaf, saya tak boleh.

Difahamkan lagu berjudul Nadi itu mempunyai kisah tersendiri yang berkait rapat dengan anaknya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen turut berasa sebak dan teringat kembali usaha serta pengorbanan Siti untuk mendapatkan cahaya mata.

Semalam, telah berlangsung majlis pelancaran album solo ke-20 Siti yang berjudul Sitism. Album tersebut mengandungi 12 buah lagu antaranya Menyapa Dunia, Tanpa Diri-Mu, Sehebat Matahari, Ganti, Romansa Kita, Teratas, Menjaga Cintamu, Magis, Senyawa dan banyak lagi.

Video

@f8buzz Sebak biduanita negara kita teringatkan anaknya Aafiyah ketika menyanyikan lagi Nadi di pelancaran album Sitism. Kata @Siti Nurhaliza lagu itu mmg untuk anaknya ? #f8buzzhiburan #sembangentertainment #sitism #sitinurhaliza ? original sound – F8Buzz

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×