Pempengaruh media sosial, Tun Laila, meraih pujian ramai apabila tampil dengan solekan sederhana namun memukau ketika majlis resepsi perkahwinannya yang diadakan di Forest Valley, Cheras.

Artikel Berkaitan: Tun Laila Selamat Bergelar Isteri, Terima Mas Kahwin RM13,800

Artikel Berkaitan: Tun Laila Selamat Bertunang – ‘Kepada Bakal Suami, Awak Anugerah Terindah Yang Allah Berikan’

Solekan simple

@fiqqiabdullah

Seindah solekan pada wajah yang begitu redup dan tenang tika melihatnya, seindah jua nama yang diberikan. Tun Laila, 27 selamat mendirikan mahligai cintanya bersama pilihan hati, Amir Haiqal. Solekan #FABride menjadi pilihan Tun Laila untuk majlis resepsinya yang sedang berlangsung di Forest Valley, Cheras Busana serba indah hasil karya pereka fesyen negara, @kashfizulkufli . Gaun putih yang bertakhta manik dan jemeki menyuntik elemen romantis pada busana mewah Tun Laila. Tatagaya hijab daripada yang tak lain tak bukan @ainab.studio . Penggayaan yang kemas dan begitu teliti ini menjadikan “total look” #FABride pada malam ini tampil begitu mewah dan “demure” Terima kasih kepada Tun Laila, kerana sudi memilih servis solekan #FABride dan “dream glam team” untuk majlis bahagia beliau. Semoga ikatan bahagia ini kekal hingga ke Jannah Firdausi. Selamat Pengantin Baru Laila dan suami . . Salam sayang, Fiqqi A . . #FAmakeupbook #tunlaila

♬ Le récit de Cassard – Michel Legrand

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, jurusolek kepada pempengaruh berusia 27 tahun iaitu Fiqqi Abdullah berkongsi momen Tun Laila disolek sebelum majlis resepsi berlangsung.

Ujarnya, solekan yang dikenakan sepadan dengan wajahnya yang tenang apabila dilihat.

Dalam pada itu, Fiqqi turut mengucapkan tahniah atas rumah tangga yang dibina bersama pilihan hati.

Seindah solekan pada wajah yang begitu redup dan tenang ketika melihatnya.

Seindah jua nama yang diberikan.

Tun Laila, 27, selamat mendirikan mahligai cinta bersama Amir Haiqal.

Solekan Fiqqi Abdullah menjadi pilihan Tun Laila untuk majlis resepsi.

Terima kasih kerana sudi memilih servis solekan saya untuk majlis bahagia awak.

Semoga ikatan bahagia ini kekal hingga ke Jannah. Selamat pengantin baru.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pemilihan solekan Tun Laila yang tidak mengubah rupa asalnya. Selain itu, warganet turut kagum dengan solekan yang tidak menggunakan bulu mata palsu.

Sumber: TikTok @FiqqiAbdullahshop