berita

[VIDEO] Sophia Albarakbah Bekerja Keras Untuk Menang ABPBH35

July 26th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Sophia Albarakbah

Pelakon Sophia Albarakbah telah diangkat sebagai Aktres Filem Popular ketika Anugerah Bintang Popular (ABPBH) ke-35, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Dinobat Aktres Filem Popular, Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah Tewaskan Maya Karin & Diana Danielle

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Saya Sondol Rumah Tangga Pasangan Selebriti Terkenal’ – Sophia Albarakbah

Bermula dengan filem

Sophia Albarakbah

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang mempertikaikan kemenangan itu kerana merasakan Sophia tidak layak menewaskan finalis lain iaitu Maya Karin, Diana Danielle, Janna Nick dan Ahirine Ahiruddin.

Ketika ditemui OhBulan!, Sophia memberitahu kerjaya seninya bermula dengan filem iaitu Mimaland bersama Fattah Amin pada tahun 2019.

Kata gadis yang memiliki darah campuran Arab, Melayu dan Cina itu, berkemungkinan ramai orang tidak tahu kerana ketika itu berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ikutkan saya mula dalam bidang seni dengan filem Mimaland… waktu itu betul-betul masih baru dan tak ada ilmu sangat. Waktu itu memang orang tak kenal, saya mula 2019.

Lepas itu saya ada berlakon filem Jerangkung Dalam Almari, Pasal Aku, Ada Hantu 1 dan Ada Hantu 2. Mungkin kerjaya lakonan saya bermula ketika PKP dan orang tak pergi wayang itu yang tak berapa kenal.

Jadi, bila saya mula dengan drama barulah orang kenal saya. Jadi mungkin orang kenal saya berlakon drama dan tak sedar saya bermula dengan filem.

Sophia ditemui ketika majlis pelancara koleksi terbaharu jenama NADA, Summer To Remember di Hotel Majestic Kuala Lumpur, pada Ahad.

Dah bekerja keras

Sophia Albarakbah

Dalam pada itu, aktres berumur 30 tahun ini mengakui terkilan apabila netizen menganggap kemenangannya itu hanya disebabkan kontroversi yang melibatkan namanya sebelum ini. Kata Sophia, dia telah bekerja keras bagi menaikkan namanya sebaris dengan barisan pelakon lain.

Mulut orang akan bercakap, sudah tentu saya ada terasa sikit la sebab saya kerja keras dalam industri ini dan menghasilkan karya. Tapi orang yang tak tahu hasil kerja kita.

Mereka main cakap saja, tapi mungkin itu hanya beberapa peratus saja sebab saya boleh buktikan, saya menang hasil daripada undian peminat.

Maksudnya, lagi ramai orang kenal saya daripada mereka yang berkata-kata. Kalau tak ada orang kenal, mesti tak ada siapa undi saya… jadi mestilah peminat.

@ohbulanofficial Tahniah sekali lagi diucapkan ??? #ohbulan #sembangentertainment #sophiaalbarakbah #kerjakeras ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×