Usahawan sensasi Bonda Rozita Ibrahim sekali lagi mencuri tumpuan ketika bersiaran langsung di Facebook pada Khamis.

Artikel Berkaitan: Shahida Nafi Aliff Syukri Berkawan Baik Dengan Rebecca – ‘Maaf, Suami Saya Tak Pernah Bersahabat Dengan Dia’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lukis Tahi Lalat Di Pipi Kiri, Netizen Terhibur Aliff Syukri Kembali ‘Normal’ – ‘Nama Saya Aliff Islam’

Suami telefon masa ‘live’

@bebebahahhjwwjaj Replying to @jonn ? original sound – xxxxxxx

Ketika sedang rancak berinteraksi bersama pengikutnya di Facebook, tiba-tiba dia menerima panggilan telefon daripada suaminya, Aidi Amin.

Khairul kedengaran seperti kurang senang sekaligus menegur tindakan isterinya yang didakwa menyentuh isu perselisihan faham dengan pelakon Rebecca Nur Al Islam yang merangkap adik ipar usahawan itu.

Sayang, aduhai. Tadi kan saya baru cakap semalam kita dah bincang.

Saya tengok awak punya live ni.

Saya nak ketengahkan dekat awak, benda ni penting. Saya nak cakap sekejap je.

Tidak sempat suaminya menghabiskan kata-kata, Rozita segera menyerahkan telefon itu kepada salah seorang pekerjanya.

Rozita enggan meneruskan perbualan dengan suaminya itu memandangkan ketika itu dia sedang bersiaran langsung dan bimbang perbualan mereka didengari oleh pengikutnya.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang melihat tindakan abang kepada Rebecca itu.

Abang Haji (suami lama Rozita) tak sibuk macam ni.

Lelaki kalau backup adik beradik dari isteri sendiri, baik angkat kaki je.

Redflag lah laki dia.

Ni mesti nak tegur pasal Bonda sebut becak dekat Melaka

Kalau dia cerai dengan yang ni, aku paling setuju sebab kali ni paling redflag.

Dah tahu wife tengah live pergi telefon, tak penyabar orangnya.

Ini bukannya tanda sayang tapi lebih kepada untuk menguasai.

Bonda ni bukan jenis hadap lelaki. Sekali buat hal memang dia blah je ni.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah tujuan Aidi Amin menelefon isterinya itu dan apakah perkara yang mahu dibincangkan olehnya.

Sumber: TikTok