Suami kepada usahawan Kak Nona iaitu Muhammad Iskandar Ali tampil memberikan respon berkenaan dakwaan dia hanya menggunakan harta yang dimiliki isteri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Nafi Buka Pekung Kisah Rumah Tangga Kak Nona – ‘Kenapa Saya Dipersalahkan’

Banyak bantu isteri

@nonabeautymjshop

harap persoalan2 dari Netizen terjawab, doa yang baik2 untuk mereka.. #netizen #trending

♬ original sound – NONA BEAUTY MARY – NONA BEAUTY MARY

Menerusi perkongsian di TikTok, Iskandar berkata, dia tidak berkecil hati dengan tanggapan segelintir netizen yang mendakwa dirinya menumpang kekayaan isteri.

Ramai yang kata saya menumpang harta dan kekayaan isteri. Tapi saya tidak marah kerana ia adalah pandangan netizen.

Dalam masa sama, Iskandar turut mempertahankan diri dengan menjelaskan bahawa dia telah menjalankan tanggungjawab dan membantu isteri mencari rezeki terutama ketika melakukan sesi siaran langsung di media sosial.

Apabila dalam keadaan sebegitu, kita kena toleransi dan menyokong satu sama lain.

Saya bantu dia ketika live, saya pakai bengkung, telekung, girdle dan abaya. Itu adalah salah satu usaha saya untuk bantu isteri.

Tapi tak mengapa, itu adalah tanggungjawab saya.

Ketika disoal warganet tentang pekerjaannya, Iskandar memaklumkan dia adalah seorang ejen hartanah.

InsyaAllah, selepas raya nanti saya akan kembali melakukan aktiviti jual beli rumah atau hartanah.

Saya masih dengan Kak Nona, doakan yang baik-baik.

Terdahulu, Kak Nona mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Iskandar pada Januari lalu.

Difahamkan adik kepada Kak Nona iaitu Kak KM didakwa seakan memberi bayangan bahawa rumah tangga mereka sedang berdepan masalah.

Bagaimanapun, Kak KM menegaskan tuduhan tersebut tidak berasas kerana kakaknya sendiri terlebih dahulu memberi bayangan mengenai konflik yang sedang dihadapi.

Sumber: TikTok