berita

[VIDEO] Suami Menangis Isteri Masak Gulai Ayam Sama Macam Masakan Mak Di Kampung

April 16th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kerinduan seorang anak perantau pada keluarga yang jauh di mata tidak dapat dinafikan. Hal ini kerana, kelonggaran untuk merentas negeri telah ditarik balik demi mencegah penularan wabak COVID-19.

Menangis sebab rindu masakan ibu

 

Menerusi video yang tular di media sosial dikongsikan oleh Bumohsurprise di akaun TikToknya, seorang wanita cuba memasak gulai ayam Terengganu mengikut resepi yang diberi oleh mak mentuanya untuk hidangan berbuka puasa.

Selepas merasa hidangan tersebut, suaminya tidak dapat menahan air mata kerana terlalu rindu masakan ibunya yang lama tidak berjumpa akibat PKP.

Tak sangka masa berbuka dia menangis. Sejak PKP Januari tu kami tak balik Terengganu. Bila hantar dekat mak mentua aku video ni, dengan mak mentua aku pun menangis.

‘Kisah sedih ramadan kedua’

@bumohsurpriseKisah sedih ramadhan ke 2 ? ##rindumak ##anakrantau ##fypppppp? Original sound owner rmdnramli – Keyla Azwan

‘Kadang jealous dengan orang yang salah guna kebenaran merentas negeri’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen pun turut menangis kerana sedih melihat suami wanita tersebut yang merindui ibunya. Malah tidak kurang juga ada yang bercerita pengalaman mereka sendiri yang merindui masakan ibu serta ingin pulang ke kampung.

Sumber : bumohsurprise

SKIP THIS AD ×