Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan segala keperluan untuk isteri terutama sekali buat mereka yang bergelar suri rumah.
Namun begitu, alangkah kecewanya si suami yang baru sahaja pulang dari bekerja apabila tiada satu pun makanan yang terhidang buatnya di rumah.
Artikel Berkaitan: Suami Balik Kerja Mengamuk Isteri Tak Masak, Syok Main Telefon – ‘Isteri Jenis Apa Ni, Salahkah Kalau Halau Dari Rumah?’
Mengamuk isteri tak masak
Bagaimana menurutmu? pic.twitter.com/iC4k8b2wYT
— Konten Berfaedah (@KontenBerfaedah) December 4, 2023
Itulah yang dirasai oleh seorang lelaki di Indonesia apabila si isteri tidak menyediakan makanan buatnya yang baru sahaja pulang dari kerja.
Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi X, dapat dilihat seorang lelaki yang sedang mengamuk dan menghempas dapur gas cuba ditenangkan oleh jiran-jiran yang lain.
Difahamkan, lelaki tersebut berang dengan isterinya yang ketika itu sedang sibuk menari zumba bersama jiran tetangga yang lain sehingga lupa untuk menyediakan hidangan buat suami tercintanya itu.
Respon netizen
Kejadian yang berlaku di Indonesia itu turut mendapat perhatian wargamaya di sana. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan lelaki tersebut yang berang dengan si isteri kerana gagal menyediakan hidangan buatnya.
Mereka berpendapat, si isteri perlulah menyelesaikan segala tanggungjawabnya terlebih dahulu sebelum berhibur bersama rakan yang lain.
Dalam pada itu, ada juga yang menyarankan kepada mereka untuk sentiasa berkomunikasi dan bertolak ansur dalam pelbagai aspek supaya pergaduhan sama tidak berulang lagi.
Sumber: Aplikasi X