berita

[VIDEO] Suami Seram Sejuk Tengok Anak Baring Atas Tudung Yang Sudah Digosok

March 2nd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Kaum wanita pastinya memahami perasaan apabila tudung yang sudah digosok terdapat kedutan. Hal ini sering kali terjadi apabila tiba musim raya dan mangsanya pasti kaum lelaki.

Lain pula kisah kali ini apabila seorang anak kecil yang dilihat selesa berbaring di atas tudung yang telah digosok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Homestay Tak Sediakan Seterika, Suami Gigih ‘Gosok’ Tudung Isteri Guna Cerek Elektrik

Berani kau dik

Sekadar gambar hiasan

Menerusi hantaran seorang individu di TikTok, kelihatan sehelai tudung berwarna merah jambu yang dipercayai telah digosok dan dibentangkan pada sebelah sisi katil sebelum sedia untuk dipakai.

Walau bagaimanapun, seorang kanak-kanak yang dipercayai anak kepada pemilik tudung tersebut dilihat sedang baring di atasnya.

Hal ini meraih perhatian warganet sehingga mencapai jumlah tontoton sebanyak 548.48 ribu si TikTok.

Dalam pada itu, ayah kepada kanak-kanak tersebut sempat berseloroh untuk tidak terlibat sama dalam hal sebegitu.

Apa-apa daddy gerak dulu bang. Seram sejuk lah daddy.

@nana_izwan

apa2 ddy gerak dulu bang seram sejuk lah ddy??…..

? bunyi asal – Nana Izwan – Nana Izwan

Tetap salah si suami

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dengan mengatakan bahawa ianya tetap menjadi salah si suami kerana tidak menghalang anak daripada bertindak sedemikian.

Sumber: TikTok @nana_izwan

SKIP THIS AD ×