berita

Video Suami Tak Peduli Isteri Buat ‘Surprise’ Buat Netizen Geram

December 16th, 2021 | by Iman
Kini Trending

Masalah rumah tangga yang berlaku bukan satu perkara yang asing bagi pasangan berkahwin. Mahu tak mahu, setiap pasangan perlu menyelesaikan masalah tersebut dengan sebaik mungkin.

Sakit tak berdarah

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok dikenali sebagai Saha, memaparkan seorang wanita yang sedang menunggu suaminya pulang dari kerja untuk membuat kejutan. Wanita ini dilihat memegang sebiji kek yang dinyalakan lilin. Namun, tiada sebarang reaksi yang diberikan si suami sejurus masuk ke dalam rumah.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut tetap teruja mahu membuat kejutan kepada suaminya. Dia seolah-olah mengharapkan respon daripada suaminya, namun, si suami dilihat tergesa-gesa memasuki rumah dan tidak mempedulikan kehadiran isteri di sisi.

Dalam pada masa yang sama, turut kelihatan wanita terbabit kembali menyalakan kembali lilin yang telah terpadam ketika suaminya melewatinya dan berharap lelaki itu melayaninya. Video yang berdurasi selama 39 saat itu meraih lebih 14.8 juta tonton dan mendapat lebih 1 juta tanda suka di TikTok.

Video penuh:

@c_ehemsakit tak berdarah

? suara asli – Bayu Barera

Respect lah hati isteri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih terhadap wanita tersebut yang diperlakukan sebegitu oleh suaminya sendiri. Malah ada juga di antara mereka yang sempat memberi pesanan buat lelaki tersebut supaya menghargai isterinya.

Sumber: Saha

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×