Gara-gara si suami terlalu ‘taksub’ memelihara ikan, seorang wanita nekad menggoreng 80 ekor ikan peliharaan suaminya sehingga membuatkan lelaki itu ‘merajuk’ atas tindakannya.
Goreng ikan peliharaan suami
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali dengan nama Bunga_Bungaa meluahkan rasa kurang senang dengan sikap suaminya yang terlalu ‘mementingkan’ ikan peliharaannya sehingga segala perancangannya bersama suami terpaksa dibatalkan secara tiba-tiba hanya kerana si suami terlalu kerap ke kedai ikan.
Hari itu rancangan nak ke puncak terpaksa dibatalkan kerana dia nak pergi shopping. Tahu-tahu pergi kedai ikan, beli ikan baru, makanan. Sekarang kita goreng je.
Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini memberitahu si suami sering mengunjungi kedai untuk membeli ikan jenis Discus termasuklah barang keperluan lain seperti makanan dan aksesori ikan. Meskipun tahu tindakannya itu akan menggores hati si suami tetapi dia nekad menggoreng 80 ekor ikan peliharaan suaminya. Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu memasukkan beberapa ekor berwarna-warni di dalam kuali untuk digoreng.
Dia masih merajuk. Kita lihat sahaja berapa lama dia merajuk.
Dalam video lain, Puan Bunga memaklumkan suaminya merajuk apabila mengetahui nasib 80 ekor ikan kesayangannya habis ‘lesap’ digoreng. Namun lelaki itu kembali tenang pada keesokan harinya.
Video
Harga ikan
Sumber: Bunga_Bungaa