Nafkah merupakan satu kewajipan yang perlu dilakukan setiap lelaki bergelar suami terhadap isteri mereka seperti menyediakan pakaian, makan dan minum serta tempat tinggal.

Namun, adakah tanggungjawab itu terlepas sekiranya si isteri mempunyai pendapatan yang lebih daripada suami?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Beza Nafkah Dengan Perbelanjaan Keperluan Dapur? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Wajib bagi walau isteri jutawan!

Menurut penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), seorang suami itu tetap wajib menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah meskipun isterinya seorang jutawan.

Isu paling banyak dalam Malaysia ialah suami tak bayar nafkah.

(Isu ini timbul) sebab isteri sudah bekerja atau suami itu memang jahat.

Padahal seorang suami wajib beri nafkah makan, minum, tempat tinggal dan pakaian sampai mati walaupun isteri dia itu jutawan, jangan main-main.

Menerusi ceramah yang dimuat naik di Instagram (IG) itu juga, UAI menegaskan bahawa sekiranya suami gagal memberi nafkah kepada isteri setiap bulan, akan menjadi hutang dan wajib diganti semula.

Isteri tak wajib keluarkan satu sen pun dalam hal rumah tangga.

Ingat (kalau) suami tak bagi maka akan jadi hutang sampai mati.

Video

Sumber: Instagram