![[VIDEO] Sufian Suhaimi Enggan Anak Jadi Penyanyi, Akui Dunia Hiburan Merbahaya – ‘Mudah Tergelincir Walaupun Ilmu Agama Tinggi’](https://asset.ohbulan.com/2026/06/sufian-suhaimi-3.jpg)
Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui dia tidak menggalakkan mana-mana ahli keluarganya untuk menceburi bidang hiburan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Risau Status Syubhah, Sufian Suhaimi Asingkan Pendapatan Muzik – ‘Bagi Makan Anak Bini Tak Pakai Duit Menyanyi’
Artikel Berkaitan: Sufian Suhaimi Syukur Bergelar Bapa – ‘Sukar Untuk Gambarkan Perasaan Ini’
Tak bagi anak jadi penyanyi
Menerusi perkongsian dalam audio siar YouCast, Sufian atau nama penuhnya Muhammad Sufian Mohd. Suhaimi, 34, menyifatkan industri hiburan sebagai satu bidang yang mencabar dan berisiko.
Tambah pelantun lagu Terakhir itu, dunia hiburan boleh menyebabkan seseorang mudah terpengaruh terutamanya melalui pergaulan dan budaya yang dinormalisasikan dalam industri tersebut.
Aku tak syorkan anak aku jadi penyanyi.
Tak payahlah, bahaya industri hiburan. Terlalu mudah untuk kau ‘tergelincir’.
Walaupun ilmu agama tinggi, masih susah.
Dalam pada itu, Sufian berkata dia tidak menghalang sekiranya anaknya cenderung ke arah bidang muzik namun tidak menggalakkan minat tersebut dijadikan sumber pendapatan utama.
Nak minat muzik boleh tapi bagi aku tak perlu jadikan minat itu sebagai sumber pendapatan.
Bila kau dalam industri hiburan, kau memang akan buat perkara yang menghiburkan saja. Kawan-kawan pun dah lain.
Perkara yang kau rasa tidak akan buat selama ini, kau buat.
Sumber: TikTok @Youcast








