berita

[VIDEO] Suhaimi Saad Minta Tambah Bini, Ina Naim Suruh Beli Mesin Basuh Dulu

February 8th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak akhir-akhir ini, isu poligami atau selebriti kahwin lagi menjadi topik bualan hangat di media sosial.

Artikel Berkaitan: Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah Bumi Bulat Sfera

Artikel Berkaitan: Dituduh Tidak Bekerja & ‘Makan’ Duit Isteri, Ini Respon Suhaimi Saad

Kalau nikah satu lagi

@elghoriby #nikah #mesinbasuh #fyp? ? original sound – SUHAIMI SAAD Official – Suhaimi Saad Official

Di TikTok, bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad dilihat berani mengusik isterinya, Ina Naim untuk tambah ‘orang rumah.’ Menerusi video itu, Suhaimi, 42, bertanya kepada Ina sama ada boleh tak dia untuk berkahwin kali kedua.

Namun, belum sempat habis bercakap, Ina ‘memotong’ dengan menyuruh Suhaimi untuk membelikannya mesin basuh.

Tidak terhenti di situ, pemilik nama Mohd Suhaimi Saad menyatakan dia akan menunaikan permintaan itu namun isterinya bergurau meminta dua mesin basuh pula.

Beli empat terus

@elghoriby Beli Mesin Basuh #fyp? ? original sound – SUHAIMI SAAD Official – Suhaimi Saad Official

Dalam video berbeza, Suhaimi berseloroh balik dengan menyatakan dia akan membeli empat mesin basuh iaitu kepada Ina, bakal isteri kedua, ketiga dan keempat.

Sebelum ini, Suhaimi pernah mengeluarkan kenyataan mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama pada tahun 2019.

Susulan itu, Suhaimi secara terbuka mencabar angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah mengatakan bumi itu sfera.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×