berita

[VIDEO] Suka Tengok Hrithik Roshan Masa Hamil, Siap Ada ‘Folder’ Gambar, Anak ‘Terkenan’ Lahir 11 Jari

October 18th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tak dinafikan hampir semua ibu yang hamil pasti mengharapkan anak yang bakal dilahirkan comel dan sihat. Malah ada segelintir masyarakat percaya jika melihat sesuatu yang cantik atau lawa, anak yang bakal dilahirkan akan ‘terkenan’. Meskipun ia hanyalah mitos semata-mata tetapi tak sangka pula ianya dialami oleh wanita ini.

Anak memiliki persamaan dengan Hrithik Roshan

Menerusi perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Schaaa._ di TikTok, berkongsi kisah istimewanya yang suka melihat Hrithik Roshan sewaktu hamil. Walau bagaimanapun, dia terkejut melihat bayi lelakinya yang dilahirkan pada 29 September 2021 itu mempunyai persamaan seperti pelakon Bollywood tersebut.

Lebih menarik lagi apabila bayinya itu memiliki 11 jari sama seperti Hrithik Roshan. Ujarnya, dia wajib melihat muka pelakon berkenaan setiap hari sehingga sanggup membuat satu folder khas untuk menyimpan foto-foto Hrithik Roshan di dalam telefon bimbitnya.

Waktu pregnant minat sangat-sangat kat Hrithik Roshan. Siap buat album khas kat gallery sebab hari-hari wajib kena tengok Hrithik Roshan.

29/9 dapat baby boy. Terkejut aku dapat tahu. Subhanallah baby ada ibu jari lebih sebelah kanan macam Hrithik Roshan.

Dalam pada itu, wanita berkenaan bersyukur memiliki anak yang mempunyai jumlah jari yang sama dengan pelakon filem Kabhi Kushi Kabhie Gham itu dan mengatakan ianya adalah anugerah Allah yang paling indah buat dirinya.

Saya dapat Hrithik Roshan saya sendiri. Selamanya milik saya Hrithik Roshan. Alhamdulillah, anugerah Allah paling terindah.

Video berdurasi 26 saat itu meraih lebih 1.8 juta tontonan dan mendapat lebih 140 ribu tanda suka.

‘My Hrithik Roshan Junior’

@reeen._My Hrithik Roshan junior ? anugerah Allah paling terindah ? ##hrithikroshan ##fyp ##alhamdulillah? bunyi asal – ?? Basri Maddau ??

‘Tak tahu Hrithik Roshan ada jari lebih’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak sangka bahawa anak wanita berkenaan memiliki persamaan sama seperti pelakon Bollywood itu. Malah ada juga di antara mereka turut berkongsi pengalaman sama seperti wanita tersebut.

Sumber : reeen._

SKIP THIS AD ×