![[VIDEO] ‘Surprise’ Berubah Momen Duka, Ayah Meninggal Dunia Pada Hari Kelahiran](https://asset.ohbulan.com/2025/06/momen-hiba-1.jpg)
Seorang individu berkongsi momen berharga sekali gus bertukar menjadi tragedi hitam apabila menemui keadaan ayahnya yang telah meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: Kak KM Sebak Teringat Arwah Bapa Ketika Aidilfitri – ‘Dari Kecil Lagi Kami Memang Rapat & Dia Suka Sangat Masakan Saya’
Artikel Berkaitan: Tanah Kubur Masih Merah, Adik Beradik Tuntut Harta Sejurus Arwah Ayah Meninggal Dunia – ‘Rumah Ini Kena Faraid’
Momen hiba
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Yerons Ivone dilihat bersama ahli keluarga yang lain membuat persiapan untuk sambutan hari lahir ayahnya yang ke 53.
Pada video berdurasi selama seminit itu, Yerons sekeluarga menuju ke bilik ayahnya bersama kek dan lilin.
Bagaimanapun, setelah dikejut beberapa kali, tiada tindak balas yang diterima.
Selamat hari lahir dan selamat jalan ke rumah ayah di syurga.
Niat nak buat suprise tapi tuhan ambil ayah.
Hati hancur.
Netizen mendoakan




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan ujian yang menimpa individu terbabit. Selain itu, warganet mendoakan agar arwah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.
Sumber: TikTok @yerons_ivone







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
