berita

[VIDEO] Suspek Pukul ‘Pak Guard’ Guna Kayu Golf Ditahan Ada Rekod Dadah

October 21st, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Viral di media sosial rakaman video pergaduhan antara pengawal keselamatan dan seorang lelaki. Pengawal keselamatan itu didakwa dipukul seorang lelaki apabila dia bertindak mengunci kenderaan lelaki berkenaan yang parkir di tempat letak kereta Orang Kurang Upaya (OKU) di sebuah kondo terletak di Jalan Gombak.

Pukul dengan kayu golf

Memetik laporan Astro Awani, kejadian pada jam 1.30 petang itu berlaku apabila suspek berang keretanya dikunci. Mangsa enggan membuka kunci tayar berkenaan dan menyuruh suspek membayar denda di pejabat pengurusan terlebih dahulu. Suspek mengendah arahan mangsa sebelum cuba merosakkan kunci tayar berkenaan bersama seorang lagi rakannya.

Tidak cukup dengan itu, suspek kemudiannya menumbuk muka mangsa sebelum memukulnya menggunakan kayu golf. Mangsa mengalami luka di bahagian lengan dan telinga kanan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Suspek punya rekod dadah

Menurut Harian Metro, suspek yang berusia 24 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau yang membabitkan dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajad Ahad Ismail berkata, suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4.30 petang daripada orang awam kemudian menjalankan siasatan.

Susulan itu, polis kemudian menahan suspek yang berasal dari Terengganu sekitar 10 malam ini.

Sumber: Harian MetroAstro Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×