Pelakon, Syafiq Kyle tumpang gembira atas kejayaan rakannya iaitu Aedy Ashraf yang merangkul trofi Pelakon Aktor Filem Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Rangkul Trofi Pertama Selepas 24 Tahun Dalam Industri Seni – ‘Saya Tak Letak Anugerah Sebagai Penanda Aras, Saya Suka & Ikhlas Berlakon’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Senario Serah Trofi ‘Artis Komedi Popular’ Kepada Keluarga Allahyarham Hamdan – ‘Alhamdulillah, Ramai Yang Sayang Kami’
Tak ada istilah rampas-merampas
Ketika ditemui OhBulan!, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia juga ada menghubungi Aedy dan menitipkan ucapan tahniah buat rakannya itu.
Alhamdulillah, saya gembira atas kemenangan Aedy dan dia pun dah terlibat dalam industri seni lebih dari 20 tahun dah.
Semalam pun saya ada berhubung dengan dia dan dia pun kata dia gembira dengan kemenangan ini.
Syafiq berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi penggambaran drama ‘One Cent Thief 2’ yang diadakan di Bandar Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Sabtu.
Ketika ditanya mengenai respon segelintir netizen yang menganggap dirinya lebih berhak untuk memenangi trofi tersebut, Syafiq berpendapat itu adalah rezeki yang sudah tertulis buat Aedy.
Ini semua adalah rezeki. Setiap anugerah dalam negara ini, semuanya kawan-kawan kita juga yang tercalon.
Aktif atau tidak seseorang pelakon itu juga adalah rezeki. Macam saya, keluar sampai tiga atau empat filem setahun juga adalah disebabkan rezeki. Saya tak boleh kawal semua itu.
Begitu juga dengan anugerah yang ada, saya tak boleh kawal siapa tercalon, siapa yang menang.
Yang kita boleh kawal ialah pandangan kita kepada anugerah yang dipertandingkan. Kita boleh beri sokongan dan galakkan dan ucapkan tahniah kepada pemenang.
Tambah Syafiq, tiada istilah Aedy merampas kemenangan kerana dirinya tidak pernah memenangi kategori tersebut sebelum ini.
Saya tak rasa pun kemenangan itu dirampas sebab saya tak menang apa-apa pun.
Untuk saya, dah tercalon untuk Top 5 bagi kategori tersebut pun saya dah bersyukur. Apatah lagi tercalon sebaris bersama selebriti senior. Tak ada langsung rasa fasal kalah ke menang, sesiapa sahaja yang dinobatkan sebagai pemenang saya tumpang gembira.”
Trofi kemenangan adalah subjektif
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama ‘Nur’ berpendapat, anugerah yang dimenangi seseorang itu tidak bermakna sekiranya tidak memberikan apa-apa jasa kepada industri lakonan negara.
Bagi saya, menang anugerah atau tidak adalah subjektif.
Kalau menang tapi tak bagi apa-apa khidmat kepada industri pun sama juga, tak akan membangunkan industri pun.
Zaman dulu, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pun memang banyak anugerah tapi diingati adalah karya yang dihasilkan.
Kita tak pernah ingat pun berapa banyak anugerah yang telah dimenanginya.
Pada saya, karya itu adalah lebih penting berbanding anugerah.
Terdahulu, Aedy menewaskan Syafiq serta tiga lagi calon yang lain iaitu Bell Ngasri, Pelik Ibrahim dan Kamal Adli sebelum dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Aktor Filem Popular di ABPBH 36.