berita

[VIDEO] Syamel Cakap Tak Pernah Ada Ruang Untuk ‘Healing’, Air Muka Ernie Berubah

July 22nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel sering mencuit hati dan buat warganet tak kering gusi dengan gelagat mereka.

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Syukur Dengar Cakap Ibu, Akui Pernah Terdetik Untuk ‘Give Up’ Menyanyi

Artikel Berkaitan: Wajah Ernie Zakri Terpampang Di Billboard, New York! Akan Terus Hasilkan Karya Perjuangkan Wanita

Tak ada ruang ‘healing’

Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly menyatakan bahawa dia tidak pernah diberi ruang untuk ‘healing’.

Kenapa pula saya nak ‘healing’? Saya nak ‘healing’ daripada apa?

Saya tak ada ruang nak ‘healing’ pun.

Ernie yang berada di sebelah Syamel kelihatan terkejut dan dapat dilihat air mukanya mula berubah.

Bagaimanapun, pelantun lagu Bahagia Milik Kita itu menjelaskan bahawa dia tidak perlu ‘healing’ kerana kehadiran isterinya itu sudah cukup membahagiakan hidupnya.

Awak jenis yang tak bagi saya ‘healing’ pun..sebab semuanya sempurna, sebab semuanya okay.

Sebab awak tu semua benda yang saya nak awak bagi.

‘Laju dia twist’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gurauan Syamel.

Selain itu, mereka berseloroh mengatakan Ernie kelihatan hampir menitiskan air mata namun Syamel bernasib baik kerana sempat ada ‘plot twist’.

@sarangspider

Bangmel takde ruang nak healing.. muka jangan cuak Kakninie ? #Syamel #ErnieZakri

? original sound – sarangspider – sarangspider

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×