Penyanyi Syasya Rizal mengumumkan berita gembira apabila mengesahkan dirinya sedang hamil anak kedua.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu But*hurt Bila Orang Share Pengalaman’ – Syasya Rizal 

Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Rasa Berdosa, Tidak Sengaja Doa Suami Demam – ‘Mulut Isteri Memang Masin’

Bakal timang cahaya mata kedua

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Norsyasya Afiqah Shahrizal dilihat menggunakan ‘party popper’ semasa mengesahkan kehamilannya.

Video pendek itu disertakan dengan kapsyen ringkas berbentuk dua hati iaitu merah jambu dan biru.

Susulan itu, bekas anggota kumpulan Dolla tersebut seakan berteka-teki dengan jantina cahaya mata keduanya.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meramal Syasya bakal menimang cahaya mata kembar. Selain itu, warganet turut mendoakan agar proses berbadan dua dipermudahkan sehingga hari bersalin.

Sekadar info, Syasya sah bergelar isteri pada suaminya, Nasrullah pada 20 April tahun lepas.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan, 2.

Sumber: TikTok @syasya.rzl