Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi momen teruja membawa anak-anak pulang ke kampung halaman menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Kurangkan ‘Live’ Berniaga Di TikTok – Bahagia Sangat, Masa Rasa Lebih Panjang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syatilla Melvin Kongsi Detik Manis Perkenalan Dengan Shaheizy Sam – ‘Mula Tersempak Masa Dewi Remaja’

Balik kampung naik ETS

@samtilla82

1st time balik kampung naik ets 😍 fun sangat ehhhh. Seronok anak2 aku🥹 hampa ok dak tu dlm kereta?🤣😂 selamat semua!❤️

♬ original sound – Khay 🎶 – ESW KAPSUL MENCERAHKAN KULIT

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, memulakan perjalanan pulang ke Parit Buntar dengan menaiki KTM daripada Sungai Buloh sebelum meneruskan perjalanan dengan ETS.

Pada hantaran berdurasi hampir dua minit itu, anak-anak pelakon berusia 35 tahun dilihat teruja menaiki perkhidmatan tren buat pertama kali.

Tahun ini kita balik kampung naik tren.

Dari KTM Sungai Buloh. Pertama kali bawa anak-anak merasa naik tren.

Seronok anak-anak aku.

Tak hadap kesesakan lalu lintas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat ragam anak-anak Syatilla sepanjang perjalanan menaiki perkhidmatan tren untuk pulang beraya.

Selain itu, warganet turut memuji cara didikan Syatilla dan Sam yang disifatkan sederhana dalam membesarkan anak-anak.

Sumber: Threads @SyatillaMelvin