Sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq terhadap anak-anak pelakon, Bella Astillah telah menarik perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tarikh Kahwin Dah Ditetapkan Tapi Tak Boleh Beritahu Bila, Tak Terlalu Lama Dari Sekarang’ – Syed Saddiq

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Sangat Hargai’ – Bella Astillah Terharu Syed Saddiq Pakai Tali Leher Pemberiannya Setiap Kali Ke Mahkamah

Hadiah

View on Threads

Meskipun sibuk dengan kerja, Saddiq tetap meluangkan masa bersama anak bongsu tunangnya, Ara Adreanna sempena sambutan hari lahirnya pada Sabtu lalu.

Dalam satu perkongsian di Threads, kumpulan peminat Saddiq dan Bella, iaitu BASS Official, memuat naik sebuah video yang memaparkan momen Saddiq bertemu dengan Ara.

Menerusi video yang dikongsi, Ara dilihat begitu teruja bertemu dengan Saddiq.

Menurut peminat, Saddiq merupakan hadiah yang paling bermakna untuk Ara pada tahun ini.

Kami rasa Saddiq antara hadiah ulang tahun paling bermakna untuk Ara.

Walaupun dah penat dari awal pagi sampai malam, lepas berlari, kena serbu dengan ramai orang lagi tapi Saddiq tetap datang luangkan masa untuk raikan Ara, keluarga dan keluarga Bella.

Terdahulu, Ara menyambut ulang tahun kelahirannya yang keenam tahun bersama keluarga dan insan tersayang pada 18 Julai lepas.

Sumber: Threads