Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian ramai apabila beliau bersama ahli keluarganya melakukan sujud syukur sebaik sahaja keluar dari bilik perbicaraan Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman Putrajaya.

Artikel Berkaitan: Keputusan Rayuan Syed Saddiq Diketahui Hari Ini, Bella Astillah Hadir Beri Sokongan

Artikel Berkaitan:  ‘Berani Kerana Benar, Esok Hari Penentu’ – Syed Saddiq

Syed Saddiq, keluarga sujud syukur

@ohbulanofficial

Mahkamah Rayuan telah membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya #ohbulan #fyp #news #terkini #syedsaddiq #keluarga #sujudsyukur

♬ Asjal Ruwhi – Randtone

Syed Saddiq hadir ke mahkamah seawal jam 7.50 pagi bagi mendengar keputusan rayuan terhadap sabitan dan hukuman berkaitan kes bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Apa yang menyentuh hati ramai adalah detik di mana Syed Saddiq bersama ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, dan bapanya, Syed Abdul Rahman Abdullah Al-Sagoff, dilihat menangis dan sujud syukur di luar perkarangan bilik perbicaraan sejurus selepas keputusan diumumkan.

Tindakan itu mengundang emosi dan sebak dalam kalangan netizen di media sosial selain mereka turut mendoakan yang terbaik buat Saddiq.