![[VIDEO] ‘Syed Saddiq Sanggup Naik Gunung & Turun Laut Demi Rakyat, Tak Ambil Duit Atau Bayaran’](https://media.ohbulan.com/2025/03/saddiq-11.jpg)

Sebagai seorang ahli politik yang bertanggungjawab, Syed Saddiq sanggup melakukan apa sahaja demi rakyatnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Berani Kerana Benar, Tiada Senjata Lebih Kuat Dari Doa Kepada Allah SWT’ – Syed Saddiq
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Cover Lagu ‘Untukmu Aku Bertahan’, Komen Syed Saddiq Curi Tumpuan – ‘Terlalu Biasa Kerja Kuat, Kereta Pun Jadi Rumah Kedua’
Tak ambil bayaran
@nizaaa.abil_ YB tidak ambil bayaran dari Primavalet. SemuaNya dia sumbangkan untuk rakyat dia😭❤️🩹 Tq @amiilana 🥺 #SolidaritySyedSaddiq #syedsaddiq #bellaastillah #fyp #couple #trending #bellasyedyes #fyppppppppppppppppppppppp #BASS @Syed Saddiq @Bella Astillah @amir_fiqri
Menerusi perkongsian seorang individu yang dikenali sebagai Ami Ilana, difahamkan sepanjang melakukan promosi bagi sebuah pakaian jenama lokal, Saddiq tidak pernah mengambil sebarang bayaran malah segalanya diberikan kepada penduduk Muar.
Beliau sanggup naik gunung dan turun dalam laut demi rakyatnya. Sebab itu kami buat sampai tiga fasa.
Apa sahaja yang beliau buat, beliau tak ambil duit dan bayaran. Memang bersemangat untuk rakyatnya.
Paling seronok adalah momen ketika kami beri bantuan.
Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sebak dengan pengorbanan yang dilakukan oleh pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu.
Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan agar urusan Saddiq dipermudahkan oleh Allah SWT.
Allahu dengan penat lelah dia naik gunung, berada di laut, berpanas, berhujan tetapi tanpa bayaran. Besarnya pengorbanan YB untuk rakyat Muar.
Dia habiskan usia remajanya untuk negara.
Sedihnya, mana nak dapat wakil rakyat yang muda dan sanggup fikir tentang rakyat.
Terharu dengan keikhlasan YB, berkorban demi rakyat. Semoga urusannya dipermudahkan.
Sumber: TikTok








