Rumah tangga usahawan dan selebriti, Syida Melvin bersama suaminya, Syafiq Azim akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu

Artikel Berkaitan: Syida Melvin Harap Kes Cerai Segera Temui Titik Nokhtah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syida Melvin Dalam Keadaan Tidak Suci, Lafaz Cerai Ditangguh Pada 12 Ogos – ‘Defendan Sudah Bersetuju’

Sah cerai

Syafiq melafazkan cerai terhadap Syida di hadapan Hakim Syarie, Norul Aina Bahari, pada jam 9.25 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Rabu.

Peguam syarie yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah, berkata prosiding lafaz cerai berlangsung dalam keadaan tenang dan kedua-dua pihak memberikan kerjasama yang baik.

Alhamdulillah, kes perceraian Syida dan Syafiq telah selesai. Mereka sah bercerai talak satu rajie. Kedua-dua pihak selesaikan secara damai.

Nurul Jamaliah turut memaklumkan tempoh idah Syida bermula hari ini sehingga tiga kali suci.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai proses hadanah dan tuntutan nafkah, Nurul Jamaliah berkata pihaknya akan meneliti perkara tersebut selepas ini.

Hadanah dan nafkah mungkin akan difailkak selepas ini. Perlu tunggu beberapa dokumen yang akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

Pada Disember tahun lalu, Syida memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.