berita

[VIDEO] Syifa Melvin Bantu Gadis OKU, Menangis Saat Pertama Kali Boleh ‘Dengar’.. Sebak!

December 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini, nama Syifa Melvin pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi terutamanya apabila dia didakwa menghina penduduk setinggan.

Artikel berkaitan: ‘Saya Bukan Nak Hina Sesiapa…’ – Syifa Melvin Perjelas Video PPRT

Terbaru, netizen memberikan pujian buat pelakon dan model tersebut kerana dia telah membantu seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) untuk mendengar buat kali pertama. Terbaik!

Panggil nama terus respons

Kalau sifat Maani kita ada 7, dia ada 5 ja. Tapi dia cemburu dengan kita yang boleh dengar dan bercakap. Tapi sebenarnya kita yang patut cemburu dengan dia sebab tak perlu dengar benda yang tak elok dan cakap benda yang sia-sia. Hari ini kami berjaya bawa Nabila pergi buat alat pendengaran yang InshaAllah boleh membantu dia untuk dapat hidup yang berkualiti.

Sebak teriak tadi bila dia pakai hearing aid tadi, panggil nama dia terus dia respond Allahuuu. Nabila anak istimewa betul. Walaupun pendengaran dan tak boleh bercakap, tapi dia setia bersama kekasih. Apa alasan kita yang sempurna ni? Tak pernah meminta minta tapi guna segala yang diberi Allah swt untuk bantu keluarga, MashaAllah sayang.

Di Instagram, Syifa memberitahu bahawa Nabila seorang stokisnya yang rajin dan aktif dalam menguruskan perniagaannya. Namun begitu, Nabila tidak sama seperti insan lain kerana dia tidak boleh mendengar dan bercakap. Susulan daripada itu, Syifa telah membawa gadis yang berasal dari Baling, Kedah itu untuk memakai alat pendengaran.

Niat bantu mereka yang memerlukan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SM (@syifamelvin)

Menerusi sebuah video TikTok pula, Nabila dilihat sebak dan tidak dapat menahan air mata apabila buat kali pertama dia boleh mendengar namanya dipanggil setelah memakai alat bantuan pendengaran berkenaan. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan memuji usaha murni Syifa dalam membantu gadis berkenaan setelah 20 tahun menjalani hidup tanpa pendengaran.

Sumber: Syifa Melvin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×