berita

[VIDEO] Syifa Melvin ‘Reveal’ Jantina Anak Lelaki, Syatilla & Syida Teruja Sampai Tersungkur

July 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Syifa Melvin mengadakan doa selamat dan acara reveal gender selepas usia kandungan memasuki tujuh bulan.

Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Akhirnya Tunjuk ‘Baby Bump’ -‘Rezeki Yang Cukup Indah, Doakan Kami’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Safawi Rasid Sahkan Syifa Melvin Hamil 6 Bulan

Anak lelaki

Sementara itu, kakak kepada Syifa yang juga pelakon Syatilla Melvin berkongsi momen sekitar majlis tersebut dengan memuat naik satu hantaran video di laman TikTok miliknya.

Menerusi video berkenaan, Syifa bakal menimang cahaya mata lelaki selepas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid memecahkan sebiji belon besar yang mengeluarkan belon kecil berwarna biru menandakan jantina bayi mereka adalah lelaki.

Syifa dan Safawi yang sedondon mengenakan pakaian serba putih kelihatan gembira selepas belon tersebut dipecahkan sambil diraikan beberapa ahli keluarga yang lain.

Syatilla, Syida tersungkur

Pun begitu, apa yang membuat netizen terhibur adalah gelagat spontan Syatilla yang memeluk adiknya Syida sehingga kedua-duanya tersungkur di atas lantai gara-gara terlalu teruja.

Syatilla menerusi ruang kapsyen berkata dia tidak sangka insiden tersebut berlaku.

Aku memang tak sangka akan jadi tragedi, benda tak sedar kot.

Netizen berdekah

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya terhibur dengan gelagat isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu.

Malah, netizen menyifatkan adik beradik Syatilla yang dikenali sebagai The Melvins sememangnya kelakar dan ‘masuk air’.

Untuk rekod, Safawi dan Syifa mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Video

@samtilla82 Aku memang tak sangka akan jadi trajedi??? benda tak sedaq kot?? #syifawi ? Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×