Umum sedia maklum, pemain bola sepak Harimau Malaya iaitu Safawi Rashid telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Portugal. Penghijrahan tersebut adalah bagi menyertai kelab utama Liga Premier iaitu Portimonense SC.
Safawi yang bertolak ke Portugal menaiki pesawat itu pada malam tadi kelihatan ditemani ahli keluarga, rakan dan juga adik kepada Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin.
Ditemani Syifa Melvin
Memetik laporan Harian Metro, pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berlepas ke Portugal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditemani Syifa Melvin bersama rakan-rakannya.
Malah, terdapat beberapa buah video yang dikongsikan rakan pelakon iaitu Lia Natalia di IG Story menyaksikan keberangkatan pemain itu ke Portugal. Bukan itu sahaja, turut kelihatan Syifa Melvin juga menangis dan sebak sewaktu di KLIA.
‘Aku tahu kawan aku kuat’
Foto terakhir bersama TMJ
https://www.instagram.com/p/CF30MIUFR02/
Sementara itu, Safawi turut memuat naik foto terakhirnya bersama Tunku Ismail Idris. Dia mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada TMJ atas segala memori dan sokongan selama ini. Dia yang menetap di Portugal ini bakal merindui keluarga JDT dan penyokongnya selama ini.
Sumber: Harian Metro, Syifa Melvin, Lia Natalia