![[VIDEO] ‘Tak Beli Properti Dengan Awak, Kenapa Kena Bagi Awak Duit.. Penatlah Nak Hulur Duit 24 Jam’ – Aliff Syukri](https://asset.ohbulan.com/2026/05/aliff-13.jpg)
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menangkis dakwaan seorang ejen hartanah yang mendakwa pernah membantunya mencari tanah pada tahun 2023 tanpa menerima sebarang bayaran.
Artikel Berkaitan: Ammar Ahyan Terima Nasihat Aliff Syukri, Cuba Benda Baru Waktu Muda – ‘Saya Tak Menyesal Terima Tawaran Ini’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Jual Jeruk Mangga..Bila Tengok Dia, Teringat Diri Sendiri’ – Aliff Syukri Ikhlas Bantu Remaja Mualaf
Tiada bukti pembelian
Menerusi perkongsian klip video di Threads, Aliff, 38, menegaskan bahawa dia tidak pernah membuat sebarang transaksi pembelian melalui individu tersebut.
Malah, Aliff turut mempersoalkan kewajaran tuntutan bayaran yang dikemukakan tanpa sebarang bukti seperti resit rasmi.
Amboi, kita punya viral, awak semua baca ini!
‘Teringat tahun 2023, aku pernah tolong Datuk Aliff carikan tanah ada air sungai. Sekejap ke Hulu Langat, sekejap aku ke Tanjung Malim. Kereta, minyak, makan, semua guna duit poket aku. Datuk hanya puji sahaja sebab nampak kesungguhan aku. Tapi, 1 sen pun tak dapat. Saja nak cerita, aku anggap tak ada rezeki dan, aku bukan artis, tak famous pun.’
Awak itu ejen properti, saya tak beli properti dengan awak, kenapa pula saya kena bagi awak duit?
Setahu saya, kita akan hulur orang itu duit, bila kita dah setuju nak beli.
Awak ada bukti saya buat pembelian dengan awak? Resit dengan awak? Yang awak nak kata saya perlu bayar awak?
Sama-sama cari rezeki
Dalam pada itu, Aliff menafikan dakwaan bahawa dia hanya membantu golongan tertentu sahaja.
Tak perlu cakap, ‘Aku ini bukan artis, sebab itu aku Datuk tak nak tolong.’
Saya dah bagi bantuan zakat, bantuan barang dapur, dan beri duit bukan pada seorang atau dua orang sahaja.
Dah beratus ribu orang, di Kedah, Kepala Batas, Sabak Bernam, Shah Alam, di KL dan dah berjuta-juta.
Tambahnya lagi, dia turut mengakui tidak terlepas daripada berdepan kesukaran dalam mencari rezeki, sekali gus menolak tanggapan bahawa dirinya perlu membantu semua pihak secara berterusan.
Saya pun susah juga siang, malam, pagi dan petang cari duit, tak rehat.
Ada rezeki ejen properti dapat job, kalau tak ada, nak buat macam mana kan?
Nama pun perniagaan.
Saya ni bukan pusat kebajikan masyarakat.
Ujar Aliff lagi, individu berkenaan sepatutnya menuntut bayaran daripada pihak penjual dan bukannya daripada pembeli.
Penatlah, hidup saya pun bukan senang mana, kalau nak menghulur orang duit 24 jam.
Saya cari properti, dapat barang, dan kalau dah confirm, awak mintalah dengan dengan penjual, bukan minta dengan pembeli!
Sumber: TikTok