berita

[VIDEO] ‘Tak Lama Lagi ‘Masuk Dalam’ Lah Ni..’

January 9th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Gejala buli yang kian meningkat naik di Malaysia amat membimbangkan. Jika ianya tidak ditangani dengan segera, perkara ini akan memudaratkan terutama pada mangsa buli.

Menerusi Facebook Wira Gsr Faizal, berkongsi satu video yang memaparkan seorang lelaki membuli budak sekolah dengan meminta wang. Lelaki itu kemudiannya menyepak salah seorang budak sekolah tersebut kerana berang tidak diberikan wang yang dimintanya. Rata-rata netizen menyelar perbuatan lelaki itu dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan.

‘Paw’ budak sekolah

https://www.facebook.com/faizal.fazrin.5/videos/3373277312743432/

Video yang berdurasi 30 saat itu menunjukkan sekumpulan budak sekolah yang telah ditahan seorang lelaki. Lelaki tersebut meminta atau dalam kata lain ‘paw’ sejumlah wang dari setiap budak. Oleh sebab ingin melepaskan diri, ada diantara mangsa yang memberikan sejumlah wang kepada lelaki itu.

Namun, salah seorang mangsa yang mungkin tidak mempunyai wang menawarkan jam sebagai tukar ganti kepada wang. Tetapi lelaki tersebut tidak mahu mengambil apa-apa selain wang. Sebelum mangsa berlalu pergi, lelaki tersebut dilihat menyepak mangsa kerana berang tidak dapat wang yang diingini.

Natang beruk tu

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu dan berharap ibu bapa kepada mangsa membuat laporan polis. Tindakan yang sewajarnya patut dikenakan terhadap individu tersebut.

Harap mak pak budak tu report polis

Sumber: Wira Gsr Faizal

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×