Gambar sekadar hiasan

Beberapa minggu saja lagi, umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri dan sudah tentu, ramai yang mahu menukar duit untuk diberikan sebagai ‘duit raya’ kepada sanak saudara di kampung nanti.

Berita baik buat pengguna Bank Islam apabila mereka dah tak perlu beratur lagi untuk menukar ‘duit raya’.

Artikel Berkaitan: KWSP Umum Dividen 6.3% Bagi Simpanan Konvensional & Shariah, Boleh Disemak Bermula 2 Mac

‘Jom Tukar Duit Raya’

@enaizsati_ Function siot apps Bank Islam ni ? dah jadi pengguna BIMB dekat 10 tahun, ni kali pertama aku rasa function gila apps Bank Islam HAHA #bankislam #dah #tak #problem ? Tob Tobi Tob – DJ Mamang

Untuk memudahkan para penggunanya, Bank Islam melalui aplikasi aplikasi BIMB telah menambah satu ciri khusus bagi memudahkan pengguna mereka melakukan permohonan pertukaran wang seterusnya mendapatkan duit raya dalam tukaran yang diinginkan.

Berikut OhBulan! kongsikan cara bagaimana anda boleh membuat permohonan tersebut dengan hanya menggunakan jari sahaja.

  1. Pergi ke aplikasi BIMB dan pergi ke menu khusus, ‘Jom Tukar Duit Raya’.
  2. Klik butang ‘Mula’, isi borang dan pilih cawangan pilihan anda.
  3. Pilih berapa jumlah wang yang hendak ditukar dengan kadar minimum RM100.
  4. Nantikan pengesahan melalui e-mail sebelum ke cawangan berdekatan untuk mengambil ‘duit raya’.

Walau bagaimanapun, pengguna BIMB disarankan untuk membuat keputusan tepat kerana permohonan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja.

Dan untuk makluman, tempahan ‘Jom Tukar Duit Raya’ ini sudah boleh mula dibuat sehingga tarikh 14 Mac 2025.

Sumber: TikTok