![[VIDEO] ‘Tak Perlu Sempurna..Cukup Doa Dari Ibu, Sokongan Dari Ayah & Gelak Tawa Adik-Beradik’ – Fattah Amin](https://media.ohbulan.com/2025/05/fattah-amin-keluarga.jpg)

Pelakon dan penyanyi terkenal, Fattah Amin meluahkan rasa syukur atas kebahagiaan yang dikecapinya, bukan sahaja dalam kerjaya seni tetapi juga kehidupan peribadi bersama keluarga tercinta.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Kecewa ‘Kulit Wayang’ Tak Dapat Sambutan, Anggap Persaingan Sihat Dengan Filem Tempatan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Hormat Keluarga Amira Othman, Enggan Kongsi Kisah Cinta Secara Terbuka – ‘Cinta Itu Wujud’
‘Tak perlu sempurna’
@fattahamin Tak perlu sempurna. Cukup sekadar doa dari ibu, sokongan dari ayah, gelak tawa dari adik beradik. Itu lebih dari segalanya. Terima kasih kepada semua yang sentiasa percaya, support dan beli dari kami. ? #IbuAzizah #TudungAzizah #SempurnakanAuratMu ? original sound – Mbe-Kambing
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkongsi momen ketika menjalani sesi siaran langsung menjual tudung secara dalam talian.
Apa yang lebih menyentuh hati adalah kemunculan ahli keluarganya yang turut serta dalam sesi tersebut sekaligus membuktikan mereka saling menyokong antara satu sama lain.
Menerusi ruangan kapsyen, pelantun lagu Wanita Terakhir ini menyatakan bahawa kebahagiaan baginya memadai dengan kehadiran keluarga di sisi.
Tak perlu sempurna. Cukup sekadar doa dari ibu, sokongan dari ayah dan gelak tawa dari adik-beradik. Itu lebih dari segaalanya.
Pelakon drama Bidaah itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus memberi sokongan terhadap perniagaan yang diusahakannya.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa percaya, sokong dan beli dari kami.
Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada peminat yang tersentuh dengan keakraban keluarga Fattah dan turut mendoakan agar pelakon itu terus dilimpahi kebahagiaan dan rezeki.
Beruntunglah awak Fattah tak semua bertuah dapat keluarga macam family awak. Sentiasalah bersederhana dan bersedekahlah sebanyak-banyaknya. Semoga awka berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.
Inilah kemewahan hidup yang tak ternilai.
Nampak bahagia Fattah sekarang. Alhamdulillah orang baik ramai yang sayang.
Kesempurnaan tak akan pernah habis dikejar, tapi rasa cukup akan selalu membawa bahagia.
Tak perlu sempurna cukup saling melengkapi.
Sumber: TikTok Fattah Amin








